Alamak dah kena tag dengan
Cik Puan Tini. Puas jugak nak memikirkan apa yang
weird tu, punya la susah...nampak macam tak
weird jerk, tapi tak pe...lepas pk punye pk hasilnye...
1)
Clumsy sangat. Husband cakap "loklak". Kalau jalan tu semua benda nak langgar. Kalau kat opis, selalu langgar bucu meja. Lebam2 la paha. Lebam yang dulu tak hilang lagi, ada pulak lebam yang baru. Bukan sahaja lebam, kadang2 ada
minor cut kat jari pun tak perasan. Tetiba je dah ada luka.Kadang buat keje kat opis tak sedar, jari dah terluka kena bahagian tepi kertas.
2) Tak suka makan tembikai. Sebabnye lepas makan tembikai rasa macam pening kepala jerk.
Especially tembikai merah. Tapi dah
test ngan tembikai kuning, okay skit. Takde la lepas makan terus rasa pening. Kenapa ek?
3) Tak suka makan jagung. Tapi kalau jagung bakar yang setongkol tu buleh pulak. Kalau
cream corn yang letak dalam apam balik atau puding jagung, confirm kena korek2 jagung tu baru leh makan. Rasanye macam tak buleh nak gigit jerk jagung2 tu. Mungkin rasa macam makan makanan ayam kot? Hehehehehe... LOL
4) Suka hafal plat no. keta kat atas highway. Maklum la
travel dari umah ke opis
one way sahaja dah sejam lebih (ni kira
weird jugak ni). Saya keje kat Shah Alam,
husband keje kat Seri Kembangan, rumah kami kat Senawang. Buleh gitu? Hahahahaha...Asal2 duk Senawang sebab masa tu
husband keje kat Alor Gajah so
fair and square la kami tinggal di tengah-tengah. Tapi tengah tahun lepas
husband tukar keje, tapi kami tetap di Senawang. Malas betul nak pindah randah...heheheh...alah bisa tegal biasa. Berbalik kepada no. plat tadi, disebabkan suka menghafal, kadang tu nampak jugak la keta-keta yang biasa jumpa atas
Plus & Elite
highway tu.
So maknanye, ramai jugak la yang ulang alik dari Seremban <-> Nilai, Bangi, KL atau Shah Alam.
Even, ada orang opis depan ni pun dia duk Seremban jugak :D.
5) Jari kelingking. Memula tu tak perasan pun. Tapi masa
study dulu ada orang perasan la termasuk la
my ex-roommate masa kat UM &
my husband. Diorang perasan jari kelingking kanan saya terangkat masa makan kalau guna tangan la. Skang pun macam tu lagi.
Hubby akan tanye, "nak tembak sapa tu". Hahahahaha...tapi skang perasan bukan masa makan saja
even tengah menaip ni pun, jari kelingking kedua-dua belah tangan terangkat skit.
6) Ni paling best sekali kot. Kucing. Kalau nampak kucing takut yang amat sangat. Nak kata ada history kena cakar kucing rasanya takde pulak. Tapi memang fobia la...Rasa adrenalin mengalir pantas kalau kucing datang dekat. Buleh sampai tahap melompat2 pastu lari bagai dikejar hantu kalau member2 kejar sambil pegang kucing tu dan nak baling kat saya. Ada satu kisah ni tahun 1996 bulan Mei. Kami ni sambut besday member lain skit. Ada la yang tukang beli tepung dan telur tapi bukan untuk buatkan kek besday ye. Kek besday ni kami beli jerk. Kalau tak silap masa tu besday
CikTima. Kami baling tepung ngan telur kat dia. Blok dah lupa, tapi blok pompuan la kolej kelima kat UM, tingkat 2...kan korang?
Floormates yang lain siap tak puas ati kami bising tengah malam. Logik la, mengganggu orang jek.
CikTima geram die kena baling ngan tepung dan telur, dia kejarnye aku dengan kucing. Waaa...masa tu lari sambil menjerit2 la...Hahahahah...Nostalgia sungguh...Tapi yang peliknye kucing
GARFIELD tu bukan main minat pulak. Sampaikan beg,
purse,
pencil case,
file,t-shirt
garfield pun ada. Kat bilik kat UM dulu, memasing ada
softboard sendiri.
Softboard tu pulak aku tampalkan
wrapping paper gambar
garfield sebagai
background. Hohohoho...
Sekian la
weirdnye saya.
Lepas tu
rulenye pulak, nak kena
'pass baton' ke 6 orang lain untuk ceritakan
weird things pasal diorang pulak. To:
1)
Kak Coy2)
MamaAlief3)
Ceritasicomel4)
Kak Hani5)
Cikrus6)
Cikidong dengdeng,
you have been tagged!!Rules: People who are tagged should write a blog post of 6 weird things about them as well as state this rule clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. Don't forget to leave a comment that says 'you are tagged' in their comments and tell them to read your blog.