Sunday, November 3

Red bean bun...

Mari kita belajar buat roti sendiri. Ni kali kedua buat red bean bun ni. Tapi resepi mana guna masa first time buat ari tu pun dah lupa mana satu. Gara-gara blog yang penah di "Add Bookmark" dah lenyap dari simpanan handphone yang sangat bijak ni. Huhuhu... OK la..mari kita intai resepinya.. 

Bahan-bahan (dapat menghasilkan lebih kurang 20 ketul roti) 

Bahan A: 
350 gram tepung roti/high protein flour 
150 gram tepung halus/ tepung superfine (tepung gandum pun boleh) 
100g gula kastor 
1 sudu teh garam halus 
30 gram susu tepung 
1 sudu teh bread improver (optional) 
1 sudu teh bread softener (optional) - tak guna 
4 sudu teh yis kering - sepaket le ni 
* Gaul bahan di atas hingga sebati macam gambar di bawah ye



Bahan B: 
Air 
1 biji telur kecil (pukul sikit) 
* Campurkan bahan di atas dan timbang supaya mendapat 265 gram.


Bahan C: 
40g butter 
40g shortening 
* Boleh guna shortening atau butter sahaja. 

Untuk glis: 
Sebiji telur + sedikit susu segar/air 

Cara Menyediakan Doh Roti: 
1. Masukkan Bahan B ke dalam A dan uli sehingga adunan licin.



2. Masukkan Bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan menjadi licin. Diadun dan diuli dengan menggunakan stand mixer owh My Kenwood...ehehe.. Dan saya gunakan ini untuk menguli.



3. Perap doh selama 30 – 40 minit. Tutup bekas doh dengan tuala lembab atau cling film untuk elak permukaan doh kering). 




4. Tumbuk-tumbuk doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk menghasilkan roti yang tidak berongga besar didalam. 

5. Bahagikan doh seberat 60 gram dan bulatkan doh. Rehatkan selama 10 minit. 

Cara membuat bun bunga kacang merah: 
1. Sediakan inti kacang merah seberat 50 gram setiap satu dan dibulat-bulatkan. Ketepikan. 
2. Leperkan doh diatas papan.
3. Isikan dengan inti kacang merah.


4. Dan saya bulatkan sekali lagi. Leperkan dengan roller pencanai.


5. Dan selepas itu saya belahkan bentuk bunga dengan pisau dan baru alihkan ke tray pembakar.




6. Lakukan untuk semua doh dan biarkan ia naik 2 kali ganda atau lebih kurang 30-40 minit.
7. Glis permukaan doh dengan campuran telur + susu segar dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu, bahagian rak tengah, suhu 180C selama 20 minit atau hingga atas sedikit keperangan.


8. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai sebelum dihidang atau disimpan.


Saya akan kongsikan cara-cara membentuk roti di lain masa ye. 

Credit:




















Read More

Friday, October 18

Delicious.....

Assalamualaikum wbt...Manalah perginya semangat yang kononnya nak update blog sekerap mungkin ya? Hahaha...Walaupun gadget untuk mengupdate blog ada di hujung jari sahaja tapi kekangan masa mengatasi segala-galanya.

Baiklah...apa cerita ya...ada resepi terbaru yang dicuba?Tiada kot..mungkin petang sikit.hajat di hati ingin meroti...bun kacang merah kot...bahan-bahan memang sedia ada di rumah...tapi tu kita cerita nanti ye, bila roti tu betul-betul dah jadi...

Walau bagaimanapun, entri kali ni masih berkisarkan makan makan makan...

Pernah makan di restoran Delicious? First time makan kat situ sempena majlis perpisahan seorang rakan ofis. Juga perjumpaan dengan rakan lama. Semakin sihat kawan sorang tu.

Promosi hari jumaat, order satu menu dari list Delimains akan dapat percuma dessert. Nyummsss...memang dah aim Berrylicious Chocolate Pavlova, so untuk main dish saya malam tu adalah Braised Beef and Mushroom Pie.

Hmmm portion macam biasa saja tapi tak dapat juga habiskan. Daging dalam pie tu banyak sangat. Hehe..

Pavlova pulak..hhmmm luar dalam crispy. Patutnya luar crispy, dalam pula macam marshmallow. Next time kalau datang makan sini lagi takkan order lagi pavlova ni.



My favorite:)....love sweet recipes. 
Read More

Tuesday, September 10

testing...

bersiaran live dari TPM :)

Read More

Tuesday, August 6

Hari Terakhir Ramadhan

Assalamualaikum...hari ni adalah hari terakhir Ramadhan pada tahun ini. Esok kita seluruh umat Islam di Malaysia khasnya bakal merayakan Aidilfitri. Pasti ramai hari ni yang akan memulakan perjalanan ke kampung halaman masing-masing. Saya sendiri sekeluarga sudah pun berada di kampung suami di Pendang, Kedah sejak dari hari Ahad lagi. Alhamdulillah, perjalanan kami pada masa itu, memang lancar. Almaklumlah, agak awal juga kami bergerak pulang kan. Bagi yang akan memulakan perjalanan, sebelum itu pastikan kenderaan anda sudah diservis terlebih dahulu dan pastikan semuanya dalam keadaan yang baik. Saya sendiri telah menukar bateri kenderaan. Nampaknya jangka hayatnya cuma 3 tahun ya.


Macamana dengan persiapan hari raya? Saya hanya menyiapkan keperluan anak-anak sahaja. Barang-barang keperluan sendiri dah banyak yang dibeli sebelum Ramadhan lagi. Ha ha ha...Baju kurung/ melayu sedondon sudah pun dibelikan oleh ibu mertua saya semasa beliau bercuti di Vietnam, awal tahun ini. Wah, lama tu kan...Selebihnya saya ada juga membeli beberapa helai kain pasang pada tahun lepas yang belum dijahit disebabkan saya mengandung, tak dapat la nak melaram sangat tahun lepas. Jadi tahun ni, kain-kain tu yang saya hantar ke tukang jahit. Itupun masih ada 2 lagi yang masih belum siap dijahit.


Ok, cukup la kita sembang pasal persiapan nak menyambut hari raya ni. Azam saya sebenarnya nak melahirkan sebuah blog masakan. Agaknya disebabkan cuti bersalin yang diberikan oleh majikan saya (walaupun majikan swasta) selama 3 bulan tu, menjadikan saya seorang yang ingin mencuba resepi baru. Sebelum kita mencuba resepi yang hebat-hebat, wajibla kita cuba resepi yang basic-basic saja. Hari ini saya nak kongsikan resepi donut gebu. Kedua-dua anak perempuan saya suka sangat makan donut ni.


Donut Gebu katanya
Resepi asal dari CikLinn
*Bahan-bahannya*
2 sudu kecil yis mauripan
1 sudu kecil gula
1/4 cawan air siam
* satukan bahan di atas dan biar berbuih untuk memastikan yis aktif

3 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air > tapi saya gantikan dengan fresh milk
1 1/2 sudu besar butter/ marjerin
1 sudu besar shortening

*Cara-caranya*
Satukan tepung, gula, garam dan susu tepung ke dalam bekas yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan di tengah-tengah. Tuangkan telur, air/ fresh milk, yis, butter dan shortening. Uli hingga licin. Pilihan di tangan anda samada ingin menggunakan mixer atau tangan saja. Saya gunakan mixer. Senang kerja saya. Hik hik! Biarkan dalam bekas yang tertutup dengan kain bersih yang dibasahkan sedikit. Rehatkan doh sehinggga naik/ kembang. Tumbuk-tumbuk sikit untuk keluarkan angin, dan boleh la dibentuk donut anda selepas itu. Saya gunakan acuan donut yang kecil.

Read More

Tuesday, July 16

Alhamdulillah...

Alhamdulillah..dengan izin Allah, sudah 7 hari kita umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Elakkan amalan membazir. Sepanjang 7 hari berpuasa ini, belum pernah lagi saya menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan. Sekadar membeli sedikit juadah kuih-muih di pejabat untuk dijadikan santapan berbuka puasa. Sudah agak, agak, agak lama tidak mengemaskini blog saya ini. Cadangnya sebelum ni memang nak sangat selalu kemaskini tapi keadaan agak kurang mengizinkan. Namun, dengan semangat baru dek hadirnya pemangkin baru ni (ha ha ha), harap-harap dapatlah selalu kemaskini ye. Hajat di hati ingin menjadikan blog-blog terkenal sebagai aspirasi dan inspirasi untuk mempunyai blog yang penuh dengan maklumat. Bila tengok blog kak azlita masam manis, memang teruja sangat nak mencuba semua resepi. Cerita yang disisipkan bersama dengan resepi terbaru memang menarik sekali. Bila lagi nak mengasah bakat dalam arena penulisan, ye tak? Mungkin juga boleh menjadi sumber pendapatan apabila berhenti kerja kelak. Aish..berangan sajalah! Satu soalan, agaknya ada sesiapa yang tahu macamana nak pindahkan semua entri dari blog ni ke blog yang baru? Rasa macam nak tukar "rumah" pula.
Read More

Thursday, February 14

I'm back!!

Assalamualaikum dunia blog! Sangat lama tak update ok..dah berapa tahun yek? Since 2009...Aneesa dah lahir 2010 dan sekarang Qayyum pn dah 4 bulan...Qayyum lahir sama dengan birth date Mama. Kalau senang update thru phone ni, In Sha Allah akan rajin update.
Read More
Powered by Blogger.

© *Love Sweet Recipes*, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena