Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Wednesday, October 18

Hadiah dari dia untuk si dia

Dari mama Erina untuk papa Erina. Saja nak bagi kejutan, harap-harap papa Erina sejuk hati. Kat opis, papa bagi email "Arigatou". Heheheh...Pertama kali gunakan online untuk buat order, tapi alhamdulillah transaction ok saja. Boleh lihat website ini, Flowerworld. Very good service!
Read More

Thursday, April 27

Otanjyoubi Omedetou!!

Photobucket - Video and Image Hosting

Happy 2nd birthday to my 2nd niece Nur Adriana Saffiya or Baby Riana! Semoga cepat-cepat lah bercakap dan kecoh macam kakaknye.
Read More

Tuesday, March 28

Ken's Birthday Party

Date: 25/03/06, Saturday
Venue: Putra Heights
Time: 3 pm onwardsssss......ada tu sampai kul 11 malam pun. My family selamba jerk terbungkang depan tv. Sib baik guest tu lepak luar di bawah pokok kelapaakkk eh bukan..di bawah canopy :P

Oleh disebabkan ada sedikit rajin, I steamed mocha chocolate cake for the party. Tapi kenapa la kek ni tak naik sangat aa? Tapi yang ni okay skit. Yang ni

Image hosting by Photobucket

2nd time buat lepas yang 1st adunan punya cake sudah lupa masukkan soda bicarbonate daaa. Nampak sangat la amaturnya tak macam kak lynn. Bayangkan aku tidur pukul 2 pagi ari Sabtu pastu lepas Subuh bangun sekali lagi and adun sekali lagik. Sebab yang 1st tu memang failed la! Sib baik la yang 2nd time ni okay and *aji pun sedap. My SIL siap asingkan untuk dia skit sebab bila dia jengah jerk ke serve table semakin lama semakin sedikit pulak kuantitinya. Hehehehe...

Actually masa party ni banyak sangat makanan yang my SIL served. Nasi tomato, 5 biji kek termasuk birthday cake and mine, agar-agar, satay, nasi himpit, roti jala etc. Just imagined that! Kitorang pun makan sampai kenyang. Disebabkan nasi tomato banyak lebih, Sunday pun kitorang breakfast dengan nasi tomato jugak.

Image hosting by Photobucket

Ken, the birthday boy

Read More

Monday, July 4

Akhirnya...

Akhirnya, semalam adikku mendaftar juga gi KUTKM, Melaka. Rupa-rupanya ramai jugak rakan-rakan dia dari matriks yang sama yang dioffer dengan course IT. Takpe la, mungkin student sains hayat ni tak dapat nak dihantar untuk buat engineering course sebab diorang tak ambik subjek fizik masa kat matriks.

Kudoakan adikku berjaya hendaknya...
Read More

Thursday, June 23

Boleh ke macam tu?

Ari ni adik-adik yang sudah pun tamat matrikulasi dan setaraf boleh check permohonan mereka untuk kemasukan ke IPTA pada Julai ini. Termasuk la adik kami yang telah tamat matriksnya di sebuah kolej matrikulasi di selatan semenanjung Malaysia. Adik ambik jurusan Sains Hayat.


Pagi ni, sampai saja opis terus on pc. Masuk satu laman web untuk check status adik, tapi masih tak berupdate lagi. Padahal dah pukul 8:15am. Kenapa tak update dari pukul 12 tengah malam ye? Dah la awal-awal ari tu suruh kita check pada 22 Jun, dipostponednye ke tarikh 24 Jun. Tapi pagi 24 Jun masih tak update lagi? Okay, fine, kami buat keje lain dulu. Dekat pukul 9 am, kami check sekali lagi. Okay dah boleh check. Tapi problemnye........hey, apesal ade error pulak? Diorang tak compile and debug dulu ke before onlinekan program tu? Ish APE SUDAH JADI?? Takkan nak suruh kami user ni debug sendiri pulak....Memang tak puas hati.

Takpe la, disebabkan website yang disediakan oleh orang yang sepatutnye tak boleh diguna-pakai, adik check kat website yang lain. Dan resultnya dah ada di sana. Macamana student Sains Hayat boleh dapat course Interactive Media pulak ni? Memang susah nak paham. Adik memang tak berminat. Masa dia isi borang ari tu, dia pilih semua yang berkaitan dengan Food Science, ada jugak Farmasi dan Sains Pertanian. Satu pun tak sangkut. So macamana yer sekarang? Kena buat rayuan la untuk tukar course kan? Hmmmm...susah jugak ye...
Read More
Powered by Blogger.

© *Love Sweet Recipes*, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena