Friday, February 16

Dulu-dulu


Hahaha...

Terkenang semasa dulu..Zaman anak dara, bujang trang tang tang lagi...masa tu student lagi, final year tahun 2000.
Gambar ni diambil masa cuti musim panas tahun 2000 tu la.
Tempat kat Nagaoka-shi, Niigata-ken, Japan.
Masa ni beramai-ramai nak pegi tengok fireworks.

Yukata (bukan kimono yer) ni beli dari katalog. Biasa la, masa student dulu salu gak shopping baju dari katalog contoh Cecile etc (ingat cecile jerk yang lain dah lopa).

Kami berdua datang naik densha (train). Lepas tu ramai-ramai kena jalan kaki ke tepi sungai ni. Berduyun-duyun. Kami singgah dulu kat kedai jual yukata suh dia tolong ikatkan obi. Buat muka tak malu jerk. Nasib baik diorang tu baik. Hehehe...

Kena duduk berhimpit jugak la nak tengok pertunjukan bunga api ni. Seronok betul tengok sebab dah la final year, first time lak tu tengok pertunjukan bunga api kat Nagaoka yang agak besar jugak la sambutannya.

Nak balik semula ke Niigata-daigaku-mae (nama satu train station kalau ditranslatekan jadi Depan-University-Niigata) kami naik shinkansen sebabnye dah letih sangat berjalan balik dari tempat pertunjukan tadi ke stesen. Ingat nak cepat sampai je rumah kawan saya tu.

Ntah bila agaknye dapat pegi tengok hanabi taikai lagi ek? Hmmm...

p/s: Ntah macamana terjumpa gambar ni kat Utusan untuk "Salam Aidilfitri Dari Seberang Laut - Ucapan Bergambar tahun 2000 (kot).

9 comments:

  1. Salam ryu-chan,
    Masa itu Ryu belajar di IUJ ke? Pernah kenal tak Kak Ani?
    Dia tinggal berdekatan dengan shinkansen eki itu, otto dia belajar di IUJ.

    Natsukashiikan bila tengok gambar dholu-dholu.

    ReplyDelete
  2. tgk hanabi merasa tp nk BELI & PAKAI yukata tak!Kes pertama org tuh kata tak pyhlaa.. Kes kedua lupe nk orderkn kt Nissen so sales dh abis :p

    ReplyDelete
  3. muahaahhahah....natsukashi sungguh.
    aku pun pernah pi hanabi taikai pakai yukata. Tapi yg jadi tukang pakai nya makcik Ujen...muehehhe..TQ ujen!
    mana yukata ko la nih Hada? dalam frame? hehhehe

    ReplyDelete
  4. woh...wakakatta ne ....muahahahha.. :P cikpuan ume

    ReplyDelete
  5. uwaaaa..natsukashi....
    aku klau belek2 album masa kat nihon rasa syahdu semacam jekkkk...ano hi no modoritai naaaaa

    ReplyDelete
  6. cuba pakai macam tu di mesia naik lrt, boleh ka?

    ReplyDelete
  7. whoaa..!
    comel sungguh..,

    yukata tu!


    sebab
    orang melayu
    yang pakai kot?

    ReplyDelete
  8. k lela,
    salam...bukan.saya tak belajar kat IUJ. Saya belajar kat Fukushima-dai. Kawan saya tu Niigata-dai.

    tini,
    saja beli buat kenangan...:D

    ambrynaa,
    sekali sekala nak kena ambik feel jadik nihonjin kan hahahaha...yukata aku masih dalam kotak..jangan2 dah kena makan lipas tak?

    cikpuan ume,
    deshou...

    rosecactus,
    natsukashiiiii

    ujen,
    modoritai neee

    syachou,
    tak pasal2 jadik glamer pulak nanti

    kunci hilang,
    nihonjin pakai baju kurung pun comel gak kan....baju kurung tu! :D

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

© *Love Sweet Recipes*, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena