Sunday, November 3

Red bean bun...

Mari kita belajar buat roti sendiri. Ni kali kedua buat red bean bun ni. Tapi resepi mana guna masa first time buat ari tu pun dah lupa mana satu. Gara-gara blog yang penah di "Add Bookmark" dah lenyap dari simpanan handphone yang sangat bijak ni. Huhuhu... OK la..mari kita intai resepinya.. 

Bahan-bahan (dapat menghasilkan lebih kurang 20 ketul roti) 

Bahan A: 
350 gram tepung roti/high protein flour 
150 gram tepung halus/ tepung superfine (tepung gandum pun boleh) 
100g gula kastor 
1 sudu teh garam halus 
30 gram susu tepung 
1 sudu teh bread improver (optional) 
1 sudu teh bread softener (optional) - tak guna 
4 sudu teh yis kering - sepaket le ni 
* Gaul bahan di atas hingga sebati macam gambar di bawah ye



Bahan B: 
Air 
1 biji telur kecil (pukul sikit) 
* Campurkan bahan di atas dan timbang supaya mendapat 265 gram.


Bahan C: 
40g butter 
40g shortening 
* Boleh guna shortening atau butter sahaja. 

Untuk glis: 
Sebiji telur + sedikit susu segar/air 

Cara Menyediakan Doh Roti: 
1. Masukkan Bahan B ke dalam A dan uli sehingga adunan licin.



2. Masukkan Bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan menjadi licin. Diadun dan diuli dengan menggunakan stand mixer owh My Kenwood...ehehe.. Dan saya gunakan ini untuk menguli.



3. Perap doh selama 30 – 40 minit. Tutup bekas doh dengan tuala lembab atau cling film untuk elak permukaan doh kering). 




4. Tumbuk-tumbuk doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk menghasilkan roti yang tidak berongga besar didalam. 

5. Bahagikan doh seberat 60 gram dan bulatkan doh. Rehatkan selama 10 minit. 

Cara membuat bun bunga kacang merah: 
1. Sediakan inti kacang merah seberat 50 gram setiap satu dan dibulat-bulatkan. Ketepikan. 
2. Leperkan doh diatas papan.
3. Isikan dengan inti kacang merah.


4. Dan saya bulatkan sekali lagi. Leperkan dengan roller pencanai.


5. Dan selepas itu saya belahkan bentuk bunga dengan pisau dan baru alihkan ke tray pembakar.




6. Lakukan untuk semua doh dan biarkan ia naik 2 kali ganda atau lebih kurang 30-40 minit.
7. Glis permukaan doh dengan campuran telur + susu segar dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu, bahagian rak tengah, suhu 180C selama 20 minit atau hingga atas sedikit keperangan.


8. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai sebelum dihidang atau disimpan.


Saya akan kongsikan cara-cara membentuk roti di lain masa ye. 

Credit:




















0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

© *Love Sweet Recipes*, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena