Monday, June 26

Charlie's Angels


Charlie's Angels wan labis bak kata ellie...

Dari kiri: Elliesha Saffiya, Erina Nabilah, Adriana Saffiya.

Elliesha si mulut becok 4 tahun, meeeeemang pandai bercakap. Masa dia umur 2 tahun, dia buleh ingat semua nama bebudak AF2. Paling dia minat Adam la. Siap bukak satu 'opis' la kengkunun dia event management untuk Adam. Paling ingat satu ari, kita tanye dia:
MamaErina: Ellie, bila Adam nak buat konsert?
Ellie: Minggu depan...Ari Sabtu
Mama Erina: Kat mana?
Ellie: Putrajaya...
Mama Erina: Tiket berapa ringgit?
Ellie: 4 tinggit (ringgit)...

Macam-macam la Ellie. Dia suka 'berlakon', rasanye imagination dia tinggi. Dia suppose pegi tadika dah, my bro dah registerkan dia tapi dia pegi tadika beberapa bulan jerk. Skang dia cakap dia dah berenti sekolah, tapi dia janji nak pegi sekolah kat Setapak Garden lepas birthday dia bulan 12 nanti. Mama dia cakap tak buleh berenti lagi. Taktau la kenapa dia takmo pegi tadika, mungkin sebab adik dia lom pegi sekolah, so dia jeles agaknye tengok adik dia tinggal ngan nenek (my SIL side).

Adriana..adik kepada Ellie. My 2nd niece, Erina's 2nd cousin. Adriana tahun ni baru 2 tahun. Dia memang tak banyak cakap. Dia bukan taktau cakap, tapi dia malas agaknya sebab kakak dia, Elliesha banyak sangat cakap. Walaupun tak banyak cakap, dia salu buli kakak dia. Tapi yang bagusnya Elliesha tak balas balik kat adik dia. Bagus la kalau camtu. Sometimes, Adriana baik ati jugak kat Elliesha. Last week, kitorang semua balik kg. My sister ada 2 biji bangku kecik sesuai untuk bebudak tu. Adriana susun bangku tu sebelah menyebelah dan ajak Elliesha duduk. Sooo sweettttt...

Erina ada sorang lagi cousin. Ken Farihin (baby boy) nama dia, sebaya dengan Erina. Baru ni me & dh bagi new nick name kat Ken, 'Kenpa-kun'. Hehehehe..

Macam-macam kerenah dan perangai diorang, buatkan kita tak sabar nak jumpa mereka semula.:-)
Read More

Friday, June 23

Rasa....

Rasa macam nak tukar keje. Dah dekat 4 tahun dekat sini. Duk takat tu jugak. Performance tak bagus? Sini cuma ada 11 orang je. Setiap tahun ada 2 orang je promote. Ada colleague tu tunggu sampai 7 tahun baru promoted. Bersabar betul diorang ni. Sejak masuk tahun 2002, takde orang pun resign. Sayang pulak nak tinggalkan tempat ni. Takde pressure, takde dateline, increament ada, bonus pun ada, eveything is fine. Tapi tetap rasa macam nak kibun tenkan. Resume ke company lain dah pun dihantar. Tunggu je la.

Rasa macam rindu kat dia. Tapi bila dia dah balik, apa pun tak cakap dengan dia. Dia cari makan sendiri kat dapur, dia tengok bola sorang-sorang. Dalam minggu ni, hari-hari dia balik lambat. Kalau ada benda nak tanya, sms je kat dia. Itupun lambat nak tunggu reply. Dia kata bz sangat. Tapi sampai bila?
Read More

Sunday, June 18

Frustnya....

1) Kenapa la 2 orang artis ni leh divorce? Kita ni punya la menyokong their marriage sampai beli VCD ngan buku ttg perkahwinan mereka 3 tahun yang lepas...rasa cam tak berbaloi pulak...Sib baik la tak pegi wedding reception diorang yang buat kat Taman Tasik Permaisuri tu...Rasa kesian la pulak kat peminat-peminat diorang yang sanggup datang dari jauh, berhujan pulak tu, dan sampai ada yang pengsan semata-mata nak tengok diorang berdua ni bersanding! "Kalau peminat kecewa, kitorang lagi kecewa", kata diorang berdua lah...

2) Satria Neo....frust sebab kereta tu lawa sangat tapi untuk dibuat 2nd car, kitorang tak mampu laa...lalalalalalala

3) Japan vs Croatia 0-0!
Read More

Tuesday, June 13

11 tahun dahhhh????

"aza, hang ingat tak masa kita memula masok UM dulu...11thn 2 hari yg
lepas kot tak silap aku laaa...kita berdua sesama masok 12/6/05
kan??sesama lambat masok kita nie...masa tu semua depa nie dah boleh
cakap nihongo(japanese) sikit2...depa exsennn ngan kitaaaa...melopong jo den
dongar...tensen gak rasanya masa tu...yolah, bahasa baru, dah
ketinggalan plak dr org lain tu...nak menyebut sepatah perkataan pon
susyahhh...ingatkan macam muri(impossible) aje nak catch up..kena masok class
eksepsyonnn...aku, aza, tose, kutil, jebon, dek, yus, buih...lagik sape
haaa???natsukashi(fondly remembered) jek teringat kenganangan kat UM..tak sangka, kitorang
yg kat kelas spesel nie pon lepas gak sesama ngan korang pi ke
jeponggg...hehehee...aza masa memula masok UM dolu kurus
melengkung...kena dok sethn ber roommate ngan aku terus naik
10kg...hehehe, dia rajin sangat menjamu selera kat dlm bilikkkk..."

Email tu ada la sorang member ni bagi. Kalau dia tak mention dah "11 tahun 2 hari" tu memang tak perasanlah betapa lamanye dah kutinggalkan zaman AAJ, UM tu.

11 tahun....hhmmmm....11 tahun? Ishhh...serius, macam tak percaya jerk. Tapi bila mengingatkan yang kita sendiri pun dah ada anak, logik jugak la dah 11 tahun tu.

Mula dengan AAJ, UM 1995-1996, 2tahun + Fukushima dai(uni.) 1997-2001, 4tahun + TKR 2001-2002, 1.5tahun, AIDA 2002 - current, 4tahun = 11.5tahun. Waahhh...betul lahhhh...Kenapa? Tak percaye ke?
Read More

What Type of Beauty Are You?

You Are a Natural Beauty!

You're the kind of beauty that every guy dreams about...
One that looks good in the morning - without a stich of makeup
That's doesn't mean you're a total hippie chic though
You have style, but for you, style is effortless
Read More

What Colour Is Your Aura?

Your Aura is Blue
Your Personality: Your natural warmth and intuition nurtures those around you. You are accepting and always follow your heart.
You in Love: Relationships are your top priority, and this includes love. You are most happy when you are serious with someone.
Your Career: You need to help others in your job to feel satistifed. You would be a great nurse, psychologist, or counselor.
Read More

Monday, June 12

Gula oh gula....

Memang la skang tengah hangat tentang isu gula yang tak cukup kat market. Ingatkan takde la serius sangat, rupa-rupanye serius jugak.

Semalam pegi beli groceries untuk stock up di rumah tu. Termasuk la gula dah sampai ujung balang. Bila masuk satu supermarket yang biasa kitorang pegi kat area rumah tu, bila tengok gula dah habis. Ditulis lagik kat area gula tu "Gula Terhad. Satu bungkus untuk satu pelanggan sahaja". Aik biar betul!! Kedai ni agaknye termasuk dalam golongan peniaga yang menyorokkan gula ke?

Kita sekarang kekurangan gula sebab kerajaan taknak naikkan harga gula, jadik pemborong dan peniaga ambil tindakan dengan berikan tekanan pada kerajaan. Tapi dalam paper ari ni pulak, persatuan pengguna-pengguna mintak semua pengguna sendiri memboikot gula sebagai reverse-psychology pada pemborong. Hhhmm...tapi buleh ke kita semua boikot gula? Sebab semalam KMM cadangkan letakkan satu bekas gula atas meja makan kat setiap kedai makan, so pengguna buleh letakkan sendiri gula dalam minuman mereka. Ni salah satu cara nak kurangkan pesakit kencing manis dan buah pinggang. Hmmm, dua cerita ni ada kaitan ke?

Berbalik pulak pada kisah nak membeli gula semalam. Akhirnya sebungkus gula dapat dibeli jugak di kedai lain dengan harga singgit lapan posen!
Read More

Thursday, June 1

Full House!

Photobucket - Video and Image Hosting

Full House (English), Fu-ru Hausu (Japanese), Pul Hawooseu (Korean). Sure ramai yang suka cerita ni kan....First time tengok citer ni last year kat 8TV (Monday-Thursday/ Friday dah lupa la)...Masa memula tengok citer tu, dah half way citer, Han Ji-eun (Song Hae Gyo) dengan Lee Young-jae (Bi) dah kawen pun. Tapi heran jugak asyik bergaduh jerk laki bini nih. Hehehehehe...Tapi memang cute sangat!

Skang 8TV tayang lagi, Sat-Sun (kul 4pm). Kali ni pun selalu sangat miss. Uhuk!! Lepas baca sinopsis baru tau yang Ji-eun kena kawen kontrak dengan Young-Jae sebab Young-Jae dah beli rumah yang parents Ji-eun tinggalkan. Lagipun Ji-eun banyak hutang. Pastu macam-macam la jadik dengan bergaduh laki bini dengan cinta 4 segi etc. Best la citer ni, sebab happy ending. Tak suka la tengok citer dengan sad ending.

Ish, tak buleh jadik ni. Kena carik CD la. Errr..skang dah murah ke CD korean drama ni?

Read More
Powered by Blogger.

© *Love Sweet Recipes*, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena