Wednesday, January 31

Working on it

Your Job Dissatisfaction Level is 28%
Your job is not bad, but it's probably not a long term thing.You're just not happy enough to stick around for too long...And there's little that can change how you feel.Start looking around for other options, but only quit for something really good!


p/s: Betul ker tu? Memang pun...I am working on it...heheheheh
Read More

Sunday, January 28

Mexican Bun (17 biji bun)

Filling
200 gram mentega
1/2 sudu kecil esen vanilla
70 gram gula perang

Topping
200 gram mentega
160 gram gula aising
3 biji telur (dipukul sedikit)
1 sudu kecil perisa kopi (boleh diganti dengan 2 sudu besar kopi segera dilarutkan dengan 1 sudu besar air panas)
200 gram tepung gandum

Doh Roti
500 gram tepung (diayak)
2 sudu kecil bread improver
2 sudu kecil bread softener (pilihan)
75 gram gula kastor
3 sudu kecil yis kering (dry yeast atau instant yeast)
1 sudu kecil garam
1 biji telur (dipukul)
250 ml susu segar
60 gram mentega

CARA MEMBUAT
Filling
1) Pukul mentega dengan mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit
2) Masukkan esen dan gula perang dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan

Topping
1) Putar mentega dengan mixer pada kelajuan sederhana selama 5 minit
2) Masukkan telur dan perisa kopi sedikit demi sedikit dan ayakkan tepung ke dalam adunan dan putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua bahan sebati
3) Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan

Doh Roti
1) Gaul tepung, gula dan garam di dalam mangkuku
2) Masukkan yis, bread improver dan bread softener dan gaul rata
3) Masukkan telur dan susu segar
4) Uli adunan sehingga menjadi adunan lembut selama 10 hingga 15 minit
5) Bahagikan doh kepada 17 biji bola kecil dan tutup dengan film cling selama 10 minit
6) Leperkan doh di atas tapak tangan dan letakkan filling kemudian tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar
7) Susun di atas loyang pembakar yang sudah disapukan dengan mentega
8) Biarkan selama 45 minit di tempat panas (saya letak di bawah lampu saja)
9) Paipkan topping di atas ban secara spiral bermula dari tengah (taktau cara saya betul atau tidak; sila lihat gambar)
10) Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 15 minit atau sehingga ban keperangan

p/s: Tukang makans (tukang makan lebih dari sorang) cakap sedap. Hehehehe...
Read More

Thursday, January 25

Testing

Testing only.
Read More

Friday, January 5

Kek Coklat Pudina



300gm mentega
300gm gula kastor
250gm tepung berserbuk penaik
7 biji telur - disejukkan dan asing kuning dan putih
1 sudu kecil esen pudina
1 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu besar chocolate emulco
1 sudu besar strawberry emulco


***
Pukul mentega hingga putih/ kembang lalu masukkan kuning telur dan pukul lagi. Kemudian pukul putih telur hingga kembang, masukkan pula gula kastor dan campurkan ke dalam adunan mentega.
Teruskan memukul hingga elok sebati baru masukkan tepung. Kemudian bahagikan kepada 3 bahagian lalu warnakan setiap satu dengan pewarna hijau bercampur esen pudina, chocolate emulco dan strawberry emulco. Buat seperti "cake marble" dan bakar dalam acuan bulat 9" dalam masa 45-60 minit.
Read More

Thursday, January 4

Bad luck?

Tarikh: 04/01/2007
Jam : lebih kurang 19:30pm
Tempat: salah sebuah kedai makan di R&R Seremban arah Selatan

Baru je ambik tempat duduk dan nak makan. Baru beberapa suap, tiba-tiba, bunyi "pap" lepas tu kaca berderai jatuh dari atas kepala.

Rupa-rupanya lampu betul-betul yang ada atas kepala kami pecah. Kaca-kaca masuk dalam makanan dan minuman kami.

Terkejut jugak. Terus ambil makanan lain. Mee sup saya dapat free, hubby pulak nasi je free lauk kena bayar lagi. Air pun kena beli dan bayar lain jugak.

Terus kami tukar tempat duduk yang atasnya takde lampu.

Ish...adakah ini petanda yang kurang baik?

Oh no!!
Read More
Powered by Blogger.

© *Love Sweet Recipes*, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena