Thursday, August 30

50!!

Selamat Hari Merdeka yang ke 50 MALAYSIA!
Read More

Saturday, August 25

Travel to Fukushima

Ari ni pegi Fukushima dengan k. coy

Dari Roppongi, naik metro subway Hibiya-sen norikae ke Marunouchi-sen di Ginza terus ke Tokyo. Lepas jumpa k.coy, kami naik shinkansen dari Tokyo station pukul 924am. Tiba di Fukushima pukul 1050am.

Tadi dari Tokyo shinkansen ni bercantum. Tapi sampai Fukushima jerk, berpisah jadi 2 shinkansen. Satu pegi ke arah Sendai, satu lagi ke Yamagata.

Kena tunggu tren ke Fukushima University pukul 1134am. Sampai di Fukushima Uni, tak berapa ramai sangat orang sebab skang cuti natsu yasumi.

Suka tengok langit biru kat Fukushima.

Lepas ambik2 gambar kat Fukushima Uni, balik semula ke Fukushima-shi. Call Satou san (host family Radzi) kata dah sampai. Lepas tu okaasan datang jemput dengan menantu dia kat fukushima station. Satou san dah tua sangat. Kaki tak berapa nak kuat dah, kena pakai tongkat. Moga cepat sihat dah buleh datang jalan-jalan Malaysia.Satou otousan, okaasan and me

Lepas tu kelam kabut la diorang antar kami ke Fukushima station balik. Ingatkan nak balik naik shinkansen kul 517pm, tapi nak gi tengok umah yang kami duk dulu. So gi la tukar tiket, sib baik dapat. Hehehehe...

Kedua-dua rumah masih ada lagi. Nak tengok gambar -> allabouterina

Shinkansen balik pukul 617pm, sampai di Tokyo station lebih kurang 8pm. Selamat sampai apartment kul 830pm. Alamak kena gosok baju dan buat keje laaaa...uhuk...





Read More

Sunday, August 19

Disney Sea (18/08/2007)

Semalam pegi DisneySea dengan Niina & Sukiyama-kun (kawan masa Fukushima University) & jugak k. Nora (k. Nora shucchou sampai next week jerk).





Saya pilih DisneySea sebab DisneySea open September, 2001. Saya balik Malaysia (back for good) April 2001. So tak sempat pegi DisneySea lagi. Kalau Disneyland dah pegi 5 kali!! Hekhekhek...







Kami masuk DisneySea pukul 10am. Sukiyama-kun belikan tiket awal pagi. Kami sampai jerk, tiket dah ada kat dia. Lucky!! One day pass, rega JPY5800. Lalu depan AquaSphere, ambik gambar skit lepas tu nampak pulak Donald Duck ni tengah jalan-jalan. Nak ambik gambar pun kena beratur segan la pulak nak join ngan bebudak tu, last-last kami masuk jer la ke dalam terus.



Kat dalam tu ada banyak attraction, tapi tak sempat nak masuk semua. Bayangkan Tower of Terror (free- fall) nak masuk kena tunggu sampai 70minit, tak sanggup nak tunggu. Tapi yang sebenarnye memang kami takut nak try benda tu pun sebab tak gemar mainan yang terkejut2. Hahaha..





Tempat yang kami sempat main-main:



1) Mermaid Lagoon

* Mermaid Lagoon Theater- tengok musical Little Mermaid. Tsugokatta!!

** Blowfish Balloon Race- tunggu 25minit, naiknye tak sampai 1 minit. Hahahaha...





2) Mediterranean Harbour

*Venetian Gondola- Naik gondola. Round tasik. Pendayung gondola siap nyanyi. Huhuhu..



3) American Waterfront

* DisneySea Electric Railway- Naik keretapi tengok keshiki sampai ke Port Discovery.





4) Port Discovery

* Aquatopia

** StormRider



5) Arabian Coast

* Magic Lamp Theater- 3D.



Lelain kami tengok show jerk.

1) Over the waves- Musical pasal 2 orang budak yang menyusup masuk naik kapal Columbia. Tengok Mickey, Minnie and the gang dan jugak anak2 kapal menari-nari.

2) Big Band Beat- Broadway Musical Theater. Live entertainment. Terkejut tengok Mickey buleh main drum.

3) Buravittsu-mo(dalam katakana, atama ni pintokonai apebenda dalam eigonye)

Last show pukul 820pm. Kami kena book tempat kul 7pm, kalau tak tak dapat duduk le. Sayang betul takde video-cam. Nak cerita pun tak reti. Uhuk uhuk.



Lepas shopping souvenir, kul 10pm baru naik train balik ke Roppongi. Kul 11pm baru sampai apartment. Tsukareta demo tanoshikatta. Yosh..nanti nak bawak Erina datang Disneyland & DisneySea. Mesti Erina seronok tengok Mickey & Minnie tachi berjoget-joget. :)





























p/s: nak tengok gambar banyak-banyak lagi, sila ke allabouterina fp. Mama tumpang gambar mama ye sayang :)
Read More

Ginza (12/08/2007)


Last Sunday tak jalan jauh-jauh pun. Cuma jalan-jalan makan angin kat Ginza dengan k. coy, my ex-osmet masa study dulu,k. hani dan baby aimee sebaya ngan erina, kenalan dari blog tapi x-rpkj jugak & k. nora, sempai satu batch dengan k.coy.
Jalan-jalan cari kedai nak beli baju sebenarnye. Last2 kami masuk UniQlo jerk. Kedai ni jugak yang kekkou murah dan ada saiz L. Hehehehe...Pelik betul sebab perempuan jepun
kebanyakannye kurus2, peha halus2...tensen jerk tengok pakai baju apa pun lawa. Uhuk uhuk..
Lepas UniQlo, ada jugak masuk kedai baju untuk erina pulak tapi takde berkenan. Lepas tu masuk kedai Apple. Ada jual laptop, ipod etc tapi kalau nak beli laptop better cari kat Akihabara jerk sebab situ lagi banyak choice dan murah jugak.



Lepas tu, kami jalan kaki ke Yurakuchou. Masuk MUJI la pulak. Beli baju Erina lagi. :) Biasa la, baju budak perempuan lawa-lawa. Geram la pulak.


Tapi on the way tu, kami terjumpa gerai buah, ada pulak jual durian. Sebiji tu ada yang harga JPY3000. Kalau convert, sebiji tu lebih kurang RM90!! Ada jugak yang sebiji harga JPY4000, lebih kurang RM120 sebiji!! Ni kalau eksport durian ke Jepun, buleh jadi makcik kayo ni. Hehehehe...
Lepas sopping, kami balik keRoppongi melawat apato saya. Dah petang, so kami beli shu-cream dengan kek untuk tea time. Borak-borak, kul 6 lebih baru la semua bersurai.


Read More

Saturday, August 11

Roppongi -> Disneyland -> Akihabara -> Asakusa -> Odaiba -> Roppongi

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Tokyo Disneyland
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Akihabara - the electric town

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Kaminari-mon, Asakusa
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Himiko

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Odaiba. Belakang replika "Statue of Liberty" ada Rainbow Bridge.


Aktiviti last weekend. Seawal pukul 8 dah keluar dari apartment. Memula, kami ke Tokyo Disneyland dulu. Tak masuk theme park pun, cuma shopping souvenir kat Bon Voyage dan Ekspiari. Masa study dulu, takde pun kedai2 souvenir ni kat luar theme park. Nak taknak kena masuk jugak untuk beli souvenir. Sebab tu 5 kali dah masuk! Hahahaha...

Lepas Disneyland, kami ke Akihabara. Tak jumpa yang dicari, terus ke Asakusa. Di Asakusa, kami ke Kaminari-mon saja. Lepas pintu gerbang tu banyak kedai-kedai. Dulu rasanye takde bumbung antara kedai-kedai tu, skang dah ada. Macam Peta-ling Stree-t.

Dari Asakusa, kami ikut jalan air untuk ke Odaiba. Kapal yang kami naik nama Himiko. Himiko bawa kami direct dari Asakusa ke Odaiba lebih kurang 40 minit. Sampai di Odaiba kami cuma ambil gambar. Lepas tu kami masuk shopping complex la...hehehehe...

Dari Odaiba, kami ambil densha je untuk balik semula ke Roppongi. Sampai rumah dah pukul 9 pm. Ni lagi letih dari hari bekerja. Kaki pun sakit....adushhh...
Read More

"Teratak" kecil ku

Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketService apartment complete dengan furniture, pinggan mangkuk untuk 2 orang, tv, dvd player, ada sky perfect tv jugak, vacuum cleaner, iron with ironing board, rice cooker, eletric stove, built in closet, washing machine with dryer, hair dryer, microwave, telefon dan yang paling penting broadband free.:)

Broadband free pun apa gunanye kalau laptop opis ni tak leh set new network setting. Ada ka patut! Sib baik my ex-housemate sudi pinjamkan laptop dia. Tasukarimashita :) Kalau tak, tak berupdate la blog ngan fotopages. Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Selain tu, ada housekeeper datang bersihkan dan tukarkan towel setiap minggu. Tempat makan pun banyak cuma limited choice untuk yang beragama Islam. Kombini (convenient store) pun ada lebih kurang 3, 4 kat sini. Ha-rd Ro-ck Ca-fe Rop-pon-gi pun dekat je. Nak gi opis, 30 minit by walking. Tapi pagi, kami naik teksi. Share le 3,4 orang. Balik baru kami jalan.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Untuk mereka yang stay Japan lebih dari sebulan rasanye berbaloi lagi duk sini. Sewa sebulan lebih kurang separuh dari sewa hotel yang rega 300 ringgit/ malam. Berbaloi kan? Tapi kalau convert ke RM beribu la jugak. Tapi company pay lain cerita la...hehehehehe....
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Read More

Dah dapat reader!!

Yeaaa...dah beli memory card reader!! SO buleh la update sekali dengan gambar. Yokatta!
Read More

Friday, August 10

Frust

Banyak benda nak cerita. Tapi kalau buleh upload gambar baru beshhh...USB cable lupa bawak!! Esok kena cari memory card reader jugak. Tapi ada ke reader kat nihon ni yang buleh read XD card? :(
Read More

Wednesday, August 8

Japan Outstation, 30/07/07 - 15/09/07 Part I

Ari ni baru sempat update.

Lepas join company yang baru ni seminggu, lepas tu kena fly ke Japan. Last pegi Japan lepas study dulu pun tahun 2002. 5 tahun mesti banyak dah berubah kan.

Flight dari KLIA, Malaysia ke Narita, Japan pukul 11:30 malam. Erina turut sama antar ke airport. Bukan main suka lagi dia main kat kawasan yang luas tu. Camna agaknye Erina nanti kalau mama dia takde? Camna gaya agaknye papa jaga Erina nanti?

Sampai Japan lebih kurang kul 7 pagi. On handphone, yeaaa dapat coverage. Hehehe...Thank you MAXIS 3G. Terus call papa. Papa cakap Erina tidur malam ngigau panggil mama. Aisey...Lepas settle kat imigresen, keluar cari luggage. Terkejut sebab luggage dah duk tepi, cam dah lama jerk turun dari conveyor tu. Kalau kat satu airport tu, berjam tunggu beg tak keluar-keluar. Haha. Ada team member pulak terpaksa cari bag dia kat kaunter sebab dia lambat collect.

Dari airport, kami naik limousine bus ke ANA Intercontinental Hotel. Lebih kurang sejam lebih baru sampai di hotel tu. Tapi kami tak stay kat hotel tu. Dari hotel tu kami kena naik teksi untuk sampai ke service apartment, D-u-p-l-e-x Tower kat Roppongi. Hard Rock Cafe dekat je ngan apartment kami. Masa zaman student dulu, bukan main berpusing-pusing kami cari Hard Rock Cafe tu. Haha.

Lepas tengok apartment yang comel tapi menarik tu, kami keluar lunch. First lunch kat nihon adalah chirashizushi tendon. Nyum nyum. Tapi gambar tak ambik la pulak...Lepas lunch kami balik dan berehat jerk.
Read More
Powered by Blogger.

© *Love Sweet Recipes*, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena