Saturday, June 9

Hilang...

Assalamualaikum....Lama benar dah tak update.

Memang takde masa nak update blog skang ni. Dah hilang masa untuk update. Kalau dulu buleh la update dari opis (ehek ehek), now ni no more. Balik umah dah gelap. Sib baik keluar umah, hari dah terang. Kalau keluar rumah matahari tak muncul lagi, balik rumah matahari dah tenggelam lagi la haru...

Sebut pasal hilang ni, ari tu hilang my motorola v3x kaler hotpink tu. Uwaaaaaaa....masa kat stesen komuter, masih ada lagi. Tak perasan kat mana sebenarnye dia hilang. Cuma dah sampai KL sentral baru la perasan henpon dah hilang. Yang lain alhamdulillah tak hilang. Tapi sayang jugak henpon tu baru 4 bulan beli. Ohok ohok...Sabar je laaaaa...Camne la penyeluk saku tu buleh seluk dalam handbag sampai tak terasa pulak. Dah ramai2 berebut nak naik komuter, macam-macam buleh berlaku. Tapi penyeluk saku kat Malaysia ni memang hebat-hebat. Pantang lepa, ada je yang ambik kesempatan.

Skang pegang handbag pun hati-hati. Peluk ke depan. Takut pisang berbuah dua kali.
Read More

Friday, April 20

"10 Things I Want For My Kitchen"

Kena tagged ngan kak hani la pulak..Sampai hati kak hani..:)

Sorry sesangat, sebab lambat betul nak update blog. Biasa la orang bz skang ni. Kat opis tak berani dah nak mengupdate blog. Biasa la orang baru kan..:)

10 benda tu macam banyak sangat la tapi ni dia my wishlist,
1) Definitely la kitchen cabinet with island. Kat island tu mesti ada dua wash basin, so senang la nak basuh2 sayur, siang2 ikan dengan ayam :)
2) Peti ais besar gabak yang ada 2,3 pintu tu sekali dengan water & ice dispenser tu. Hehehehe..Skang pakai peti ais satu pintu jerk, peti ais dari zaman bujang dulu. So biller umah dah siap nanti, kena beli satu ni baru la complete my kitchen...ngehngehngeh
3) KitchenAid mixer. Rasanye kalau pakai mixer ni, buat apa benda pun kek ke roti ke mesti menjadi punye la..
4) Breadmaker. Lepas tu takyah la beli roti gardenia lagi..:)
5) Deep-fryer. Senang nak menggoreng, takyah nak risau minyak terpercik-percik lagi
6) Dishwasher sekali dengan dish dryer. Senang la main campak jerk. Makin lama makin jadik pemalas la pulak..hahahaha
7) Countertop tinggi skit dari paras pinggang. Sekali dengan 2 biji kerusi yang ala2 tinggi jugak...
8) Oshizushihako. Hakhakhak...benda ni pun nak ke...senang kalau ada benda ni, elok jer bentuk sushi tu nanti kan...nyamnyamnyam
9) 1 complete set of eating utensils. Termasuk la segala macam jenis spoon, fork and knife
10) Takoyaki pan. Tingat takoyaki kat One Utama. Sedapnyeee...

Sekian, terima kasih:-)
Read More

Saturday, April 7

Keje Baru: Komuter

Dah 2 minggu keje kat P-l-a-z-a S-e-n-t-r-a-l. Rasa terseksa jiwa raga nak naik komuter setiap pagi setiap petang. Komuter pagi takde problem. Sepanjang 2 minggu ni, komuter pagi belum pernah sampai lewat. Yang problemnya sekang selalu komuter petang.

Selalu sangat lambat. Kalau dah satu train lambat, maka penumpang yang menunggu pun 2,3 kali ramainya. Dah le mentaliti diorang ni yang tak pernah belajar naik komuter sejak kecik macam kureng skit.

Bila train sampai, memasing berebut nak naik. Tak reti nak tunggu orang yang turun dan tak reti nak beratur. Fed up betul. Pulak tu kalau dah dapat naik train tu, kenapa la suka sangat duk bertepek depan pintu padahal ruang tengah gerabak masih kosong. Takkan la semua orang nak turun kat next station kan? Buat yang nak turun 5, 6 station lepas KL Sentral apalah salahnya proceed ke bahagian tengah gerabak. Barulah tak menyusahkan orang lain.

Rasanya K-T-M-B pun patut buat strategi baru. Sila tambahkan waktu perjalanan, tambahkan gerabak dan punctuality. Juga buat sesuatu untuk buatkan penumpang2 ni reti nak beratur. Jangan nak pentingkan diri sendiri, buat apa saja (contoh tolak sesama sendiri) asalkan buleh telus masuk komuter.

Ish...tensen tensen...
Read More
Powered by Blogger.

© *Love Sweet Recipes*, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena