Tuesday, August 6

Hari Terakhir Ramadhan

Assalamualaikum...hari ni adalah hari terakhir Ramadhan pada tahun ini. Esok kita seluruh umat Islam di Malaysia khasnya bakal merayakan Aidilfitri. Pasti ramai hari ni yang akan memulakan perjalanan ke kampung halaman masing-masing. Saya sendiri sekeluarga sudah pun berada di kampung suami di Pendang, Kedah sejak dari hari Ahad lagi. Alhamdulillah, perjalanan kami pada masa itu, memang lancar. Almaklumlah, agak awal juga kami bergerak pulang kan. Bagi yang akan memulakan perjalanan, sebelum itu pastikan kenderaan anda sudah diservis terlebih dahulu dan pastikan semuanya dalam keadaan yang baik. Saya sendiri telah menukar bateri kenderaan. Nampaknya jangka hayatnya cuma 3 tahun ya.


Macamana dengan persiapan hari raya? Saya hanya menyiapkan keperluan anak-anak sahaja. Barang-barang keperluan sendiri dah banyak yang dibeli sebelum Ramadhan lagi. Ha ha ha...Baju kurung/ melayu sedondon sudah pun dibelikan oleh ibu mertua saya semasa beliau bercuti di Vietnam, awal tahun ini. Wah, lama tu kan...Selebihnya saya ada juga membeli beberapa helai kain pasang pada tahun lepas yang belum dijahit disebabkan saya mengandung, tak dapat la nak melaram sangat tahun lepas. Jadi tahun ni, kain-kain tu yang saya hantar ke tukang jahit. Itupun masih ada 2 lagi yang masih belum siap dijahit.


Ok, cukup la kita sembang pasal persiapan nak menyambut hari raya ni. Azam saya sebenarnya nak melahirkan sebuah blog masakan. Agaknya disebabkan cuti bersalin yang diberikan oleh majikan saya (walaupun majikan swasta) selama 3 bulan tu, menjadikan saya seorang yang ingin mencuba resepi baru. Sebelum kita mencuba resepi yang hebat-hebat, wajibla kita cuba resepi yang basic-basic saja. Hari ini saya nak kongsikan resepi donut gebu. Kedua-dua anak perempuan saya suka sangat makan donut ni.


Donut Gebu katanya
Resepi asal dari CikLinn
*Bahan-bahannya*
2 sudu kecil yis mauripan
1 sudu kecil gula
1/4 cawan air siam
* satukan bahan di atas dan biar berbuih untuk memastikan yis aktif

3 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air > tapi saya gantikan dengan fresh milk
1 1/2 sudu besar butter/ marjerin
1 sudu besar shortening

*Cara-caranya*
Satukan tepung, gula, garam dan susu tepung ke dalam bekas yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan di tengah-tengah. Tuangkan telur, air/ fresh milk, yis, butter dan shortening. Uli hingga licin. Pilihan di tangan anda samada ingin menggunakan mixer atau tangan saja. Saya gunakan mixer. Senang kerja saya. Hik hik! Biarkan dalam bekas yang tertutup dengan kain bersih yang dibasahkan sedikit. Rehatkan doh sehinggga naik/ kembang. Tumbuk-tumbuk sikit untuk keluarkan angin, dan boleh la dibentuk donut anda selepas itu. Saya gunakan acuan donut yang kecil.

1 comments:

Powered by Blogger.

© *Love Sweet Recipes*, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena