Friday, December 29

Bengap??

Hari: Khamis, 28/12/06
Tempat: tempat duduk menunggu depan farmasi, SJMC
Jam: 13:20

Anak: Ni je yang ada...
Ibu: Bukan ni laa..Apesal ko ni bengap sangat?
Anak:.....
Ibu: Kan mama kata Mentos chewing gum?
Ryu_hana: Dia kata anak dia bengap? Err..ada ke mentos chewing gum? Siapa yang bengap sebenarnye ni? (Dalam hati je)
Anak: Abis tu ni je yang ada...
Ibu: Kalau takde, jangan la beli....
Anak: (terus berlalu, gi tempat lain)

Moral: Jangan sumpah seranah anak especially depan public. Aku yang dengar ni pun rasa macam nak toleh belakang tengok rupa mak yang cakap anak dia bengap sampai orang lain boleh dengar (aku le tu). Kata-kata tu kan doa. Sebab itu kita digalakkan letak nama anak yang elok-elok. Moga-moga akan jadi orang yang seperti namanya.

Masa nama keluarga tu dipanggil untuk ambil ubat, dapat la aku tengok rupa ibu tu. HHmmm...sebenarnye tak terkejut pun tengok dia sebab macam dah boleh agak rupanya macamana...

5 comments:

  1. Mak tiri dia kot... kesian budak tu..

    ReplyDelete
  2. rosecactus,
    memang sadis betul la

    ReplyDelete
  3. itu yang bdak2 jadi kurang ajar. dah mak nya yg ngajo.

    ReplyDelete
  4. Saya pernah tengok sendiri seorang ibu menampar muka anaknya di masjid, di hadapan orang ramai.

    Kadang-kadang rasanya bukan anak-anak saja perlu diajar, ibu bapa juga perlu diajar cara yang betul untuk mengajar anak-anak.

    ReplyDelete
  5. tak baik panggil anak bengap. tapi mentos chewing gum memang wujud. aku suka tu.. sugar free, so , baik untuk kesihatan gigi dan mulut.. heheh.. mentos tak bayar apa-apa pun tau aku promote ni..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

© *Love Sweet Recipes*, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena