Thursday, December 21

Lagi kisah banjir


Pagi tadi me & hubby bertolak ke Labis, Segamat. Hajatnya nak tolong parents & adik bersihkan rumah. Kami tak tengok suratkhabar pun sebelum bertolak tu.

Highway okay je selepas accident dekat susur keluar Senawang sikit jerk. Accident tu teruk jugak. Satu lori (kepala lori remuk), satu kereta Waja (sebelah pemandu remuk), satu Mercedes (bahagian depan saja remuk).

Me & hubby berhenti untuk breakfast kat Restoran Jejantas Ayer Keroh. Pekena Hot Congee yang lebih senang dipanggil bubur nasi je la. Pernah dengar ke perkataan congee tu? Saya 2nd time la dengar sebab dah penah datang makan bubur nasi kat kedai yang sama dulu.

Lepas makan, sambung perjalanan dan bila sampai kawasan Jasin, jalan ke arah selatan dua-dua lorong ditutup untuk laluan. PLUS buka satu lorong dari arah utara untuk digunakan ke selatan. Hhmm...air tak surut lagik ni...Masa lalu pekan Tangkak, jalan okay je. Yang kata ada banjir kat depan sekolah cina tu pun dah kering dah.

Kami tak sangka apa-apa lagi ni. Opsss..tiba di Bukit Serampang, ada tanah runtuh skit. Nasib baik kami tak balik malam tadi. Depan skit kat Durian Condong, alamak banjir lagi. Semua kereta u-turn balik. Rugi la tak bawak kamera. Kalau tak buleh tunjuk gambar banjir lagik.

Kami pusing balik ambik jalan lain pulak. Kali ni kena lalu bandar Segamat. Masa tu kami tak beli paper lagik. Sampai kat Jementah, kat tepi sungai ada ramai orang berkumpul. Ni mesti ada orang lemas ni. Kami tak berhenti, terus je jalan. Jalan sikit jerk, dah kena berhenti balik sebab ada motor dari arah bertentangan tunjuk isyarat tak buleh lalu. Banjir jugak ke?

Kami berhenti kereta kat tepi, dan jalan kaki tengok paras air. Tinggi jugak. Kalau kereta toksah la berani-berani cuba lalu. Yang berani lalu, cuma bas dan lori yang tinggi sama dengan bas je. Ada satu kembara cuba sekerat jalan, lepas tu patah balik. Hhhmmm...

Last-last, tepon mak bagitau kami tak dapat balik sebab laluan semua terputus. Mak kata takpe la...dah nak abis kemas...lagipun adik ada cuti kat rumah, dia pun buleh tolong...Alahai kesian mak...sorry ye mak...

Kami pun patah balik Seremban, basuh kereta dan pergi tengok CICAKMAN....Hehehehe....kami tak balik mengemas pun.

:: Tu gambar bandar Segamat dilanda banjir. ::
:: Gambar dari Berita Harian, Khamis, 21/12/06. ::

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

© *Love Sweet Recipes*, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena